Insyallah pada tahun hadapan, AJK Persatuan akan memperbaiki kelemahan dan kekurangan sepanjang program berlangsung.
Kerjasama dan sikap 'sporting' penduduk amat kami hargai dan memberi semangat baru untuk kami merancang program-program yang akan datang.
Untuk makluman semua, program Hari Keluarga ini telah dicadangkan oleh AJK semasa mesyuarat PPLEP7 pada 11 November yang lalu. Idea untuk mengadakan Program Khatan Beramai-Ramai juga timbul pada masa yang sama. Bagaimana mesyuarat pertama program Hari Keluarga hanya dapat dijalankan pada 9 Disember setelah program berkhatan selesai pada 6 Disember.
Mesyuarat kedua dan terakhir pula berlangsung pada 24 Disember bertempat di Surau Al-Mustaqim.
Kerja edaran risalah makluman progarm pula hanya sempat dilakukan pada keesokan (Jumaat) harinya. Edaran ini dilakukan oleh 4 orang sahaja yang mana terdiri daripada anak-anak AJK Sharil, Rozaimi dan Mohd Ali yang berumur diantara 9 ke 11 tahun.
Sebelah malamnya pula kerja-kerja membalut hadiah dilakukan di rumah Pengerusi Hj Aris. Mujur la Pn. Norhana, Pn Rubiah serta anak dan isteri Hj Aris turut membantu..