BAYAR YURAN SECARA ONLINE

Bagi memenuhi permintaan ramai pihak persatuan telah bersetuju untuk menerima bayaran yuran secara online. Kaedah ini akan memudahkan lagi cara pembayaran yuran dan ia akan dipantau dengan teliti oleh Bendahari.

Sila patuhi langkah-langkah berikut bagi memudahkan bendahari mengemas-kini pembayaran yuran anda.

Langkah 1 : Masukkan wang pembayaran ke Akaun CIMB 1209 000022 6103 di atas nama Persatuan Penduduk Seksyen 7 Taman Lestari Putra. Boleh dibuat melalui Cash Deposit Machine atau Internet Banking.

Langkah 2 : SMS kan Amount, Nama, No.Rumah & Nama Jalan anda kepada Bendahari. EN.ROZAIMI di talian 0126022473

Langkah 3 : Email slip pembayaran ke lepseven@gmail.com atau hantar salinan slip kepada bendahari di No 18 Jalan 7/12.  Anda juga boleh mengirimkan slip tersebut kepada ajk-ajk lain yang berdekatan.

Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh bendahari setelah pembayaran dibuat. Semoga cara ini akan memudahkan semua ahli yang kebanyakannya tidak berkesempatan untuk berbuat demikian secara manual. Namun begitu bayaran secara manual adalah menjadi keutamaan. Komitmen anda semua amat diharapkan untuk memajukan lagi persatuan kita. InsyaAllah kami akan gunakan dana tersebut untuk menjalankan aktivitia-aktiviti yang mendatangkan faedah untuk semua. Terima Kasih