Bersama-sama kita wujudkan komuniti selamat di LEP7

Pihak persatuan memohon kerjasama penduduk taman LEP7 khasnya, untuk sama-sama prihatin dan menyeru kita sama-sama mengamalkan sikap mengambil tahu dan memaklum pihak yang berwajib berkenaan sebarang jenayah atau keadaan yang mencurigakan yang mampu menggugat keselamatan dan boleh mengundang jenayah yang tidak diingini di komuniti kita.




Penduduk boleh bersama-sama memainkan peranan dan sama-sama kita memastikan komuniti sekeliling kita menjadi tempat yang selamat untuk diri kita dan keluarga kita. Untuk sebarang isu-isu yang mencurigakan, sila hubungi pihak seperti :-
1. Pihak Polis (keutamaan)
2. Ahli Persatuan Penduduk (makluman)


Foto:Gambar hiasan