Gotong-royong PPLEP7 meriah

Asalammualaikum wb.....dan salam sejahtera kepada semua....

Alhamdulillah, gotong-royong PPLEP7 pada 4 July 2010 (Sabtu) telah pun selesai dengan meriahnya. Aktiviti bermula dari kehadiran sekitar jam 8:00 pagi, berakhir sekitar jam 11:15 pagi dan dijayakan penduduk dari pelbagai lapisan kaum.

Kehadiran, didapati sangat meriah..Pengerusi memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, terharu dengan sokongan dari semua penduduk yang datang dan terlibat. Di anggarkan tidak kurang dari 50 orang yang hadir dan "menyemarakkan" gotong-royong ini.

Untuk rekod, aktiviti gotong-royong ini juga dibantu dan dijayakan oleh pihak kontraktor Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ) dan juga dimeriahkan dengan sumbangan peribadi beberapa penduduk.

Justeru, Pengerusi PPLEP7 dan AJK mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat dalam gotong-royong , individu yang menyumbangkan
makanan/minuman dan kewangan, juga kepada pihak kontraktor MPSJ dan pekerja-pekerjanya.

Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada Abg Zainal & keluarga, Kak Ruby & keluarga, Puan Azizah & keluarga, Cikgu Nor & keluarga yang menyumbangkan makanan/kuih-muih dan bekalan minuman/air. Penghargaan yang sama buat mana-mana individu yang namanya tidak disebutkan. (Akan dimasukkan kesini jika saya (Web Master) mendapat lagi maklumat nanti)

Sekitar 8:00 pagi : Pengerusi bersama beberapa penduduk berkumpul di pondok Pusat Kawalan Ronda Malam di Jalan LEP 7/19 (berhampiran padang permainan Jalan LEP 7/19)


Antara yang telah hadir seawal jam 8:00 pagi, berkumpul sambil menantikan penduduk yang lain.


Tuan Pengerusi dan beberapa AJK serta penduduk sedang membincangkan sesuatu berkaitan gotong-royong yang bakal dijalankan. Mungkinkah juga sedikit selingan cerita World Cup pagi tadinya ?

Secara keseluruhannya, aktiviti gotong-royong dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu :-
  • Kawasan permainan di Jalan LEP 7/19 dan sekitarannya - sesi pertama.
  • Kawasan permainan di Jalan LEP 7/29 dan sekitarannya - sesi kedua.
  • Kawasan permainan di Jalan LEP 7/12 dan sekitarannya - sesi ketiga.
  • Kawasan rumah penduduk yang terbiar - sesi ke empat.
Sekitar jam 8:47 pagi : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran penduduk LEP7, memberikan taklimat mengenai gotong-royong,kawasan yang akan terlibat dan memaklumkan synopsis beberapa aktiviti-aktiviti mendatang yang bakal dijalankan.




Pengerusi (Abg Shaari) memberi taklimat mengenai gotong-royong dan beberapa aktiviti mendatang

8:54 pagi : Sebaik taklimat berakhir, aktiviti pun di mulakan, penduduk yang sudah pastinya bersemangat, mula mengambil posisi masing-masing.


Penduduk memulakan gotong-royong




Lori kontraktor MPSJ dan pekerja-pekerjanya juga turut hadir membantu


Membersih dan mencabut ranting-ranting lama antara yang dijalankan.

Penduduk yang hadir turut membawa alatan yang bersesuaian seperti parang, gergaji, pisau dan juga cangkul. Tak kurang juga yang membawa parang panjang ala-ala pedang.


Bergotong-royong, berpeluh, bersuai-kenal dan sihat !

Ada yang mengatakan selain dari bergotong-royong, mereka memang suka aktiviti sebegini sebab kata mereka, selain matlamat utama iaitu bekerjasama, ianya memang bagus juga untuk kesihatan.



Secara kesimpulannya, aktiviti tertumpu kepada kerja-kerja pemotongan dahan-dahan pokok terutamanya yang terlalu rendang dan rimbun yang mampu menjadi tempat bersarangnya nyamuk-nyamuk dan juga serangga berbisa, malah reptilia berbahaya seperti ular. Satu kelompok penduduk didapati memfokus kepada kerja-kerja pemotongan dahan, manakala yang lain kepada pembersihan barangan buruk dan mengutip sampah sarap.


Kelihatannya Tuan Pengerusi sedang asyik mencantas dahan-dahan pokok.


Sedang tekun memotong pangkal pokok.


Pengerusi Surau Al-Mustaqim juga tak ketinggalan dalam gotong-royong.



Tak dinafikan sama sekali, apabila pembabitan ramai dan luarbiasa dari penduduk, kerja yang sukar menjadi mudah dan cepat. Penduduk LEP7 memang best !



Kerjasama yang diberikan memang mantop ! Pendek kata semua penduduk yang terlibat sudah tahu apa yang patut dilakukan untuk kebaikan bersama. Ada yang mengambil bahagian memotong, ada yang mengambil bahagian membantu dan memungut.


Kerengge masuk dalam baju ke bang ? Adat la tu...ramai jugak yang terkena gigitan kerengge. Tapi itu semua tak mematahkan semangat sama sekali.





Lebih kurang jam 9:30 pagi : Sebaik selesai kerja-kerja di kawasan permainan Jalan LEP 7/19, menggunakan Heller, Pengerusi mengajak penduduk membantu di kawasan permainan Jalan LEP 7/29 pula.

Fokus di kawasan permainan Jalan LEP 7/29 ini masih sama iaitu memastikan pokok yang terlalu rimbun di potong dan di cantas sehingga pandangan mata kita dapat terus melihat ke arah tempat permainan. Keadaan pokok yang rimbun dan menutup pandangan ini antara faktor dikhuatiri boleh menyebabkan juga sebarang kejadian/perlakuan tidak diingini yang boleh menyukarkan pandangan, sekaligus membahayakan.


Dahan dan daun yang dipotong, dikutip dan dikumpulkan, akan diambil dan dimasukkan oleh pekerja MPSJ, dibawa menggunakan lori.


Setiausaha (saudara Ali) sedang mencantas dahan-dahan pokok yang menutup pandangan.


Kerengge pun ada yang terlepas masuk dalam baju dan seluar.


Ini lah hasil selepas dari gotong-royong penduduk dimana pandangan ini berbeza sama sekali dari sebelum dahan dipotong dan lalang ditebas. Sekaligus, menjadikan persekitaran tempat permainan anak-anak kita "clear" dari sesuatu yang tidak diingini.

10:37 pagi : Hampir genap sejam. clearance di kawasan permainan Jalan LEP 7/29, ramai-ramai berpindah pula ke misi seterusnya iaitu di kawasan permainan di Jalan LEP 7/12 dan sekitarannya. Di sini, Pengerusi meminta 2 kumpulan dihasilkan , satu kumpulan membuat gotong-royong di rumah yang dtinggalkan manakala selebihnya di taman permainan Jalan LEP 7/12.


Disini, sekali lagi Tuan Pengerusi membuat sedikit pengumuman.

Di sesi kawasan Jalan LEP 7/12 ini lah , makanan dan minuman di sediakan untuk semua penduduk melepaskan dahaga dan juga menikmati juadah/makanan yang di sumbangkan oleh individu terbabit.

Antara yang disediakan ialah nasi lemak, roti canai, agar-agar, kuih dan juga minuman. Penduduk yang telah bekerja keras termasuk pekerja kontraktor MPSJ sama-sama menikmati makanan dan minuman yang disediakan.


Antara pekerja kontraktor MPSJ yang turut membantu.


Timbalan Pengerusi (Abang Lan) sedang asyik memotong dan membentuk pokok renek.


Istirehat selepas penat berhempas pulas bergotong-royong.


Lega dapat membasahkan tekak.

10:46 pagi : Misi terakhir iaitu gotong-royong di kawasan permainan Jalan LEP 7/12 yang juga gelanggang sepak takraw & sekitarannya.




Kawasan yang berlereng dan tinggi menyebabkan perlu sedikit kerja memanjat.


Bantu membantu


Cuaca langit dan awan yang gelap dan mendung

Kebetulan, sebaik misi dah nak tamat dan sampai akhirannya, angin bertiup kencang dan langit kelihatan gelap. Gotong-royong juga sekaligus berakhir.

Ikhlas dari Pengerusi dan AJK PPLEP7 : "Diucapkan sekali lagi ribuan terima kasih bagi setiap sokongan, bantuan dan sumbangan yang diberikan. Juga pohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan atau kepincangan di dalam mengedalikan gotong-royong ini."

Sehingga kita berjumpa lagi dalam aktiviti seterusnya....

  • Untuk rujukan foto-foto selebihnya - KLIK
  • Untuk rujukan artikel (artikel lalu) berkaitan gotong-royong ini - KLIK