Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7 akan menganjurkan "MINI KARNIVAL PENDUDUK 2010" pada hari AHAD 25 JULAI 2010 bermula jam 8.00pagi hingga 5petang.
Program ini akan disertai oleh beberapa Jabatan Kerajaan dan Agensi berkanun bertujuan untuk memberi khidmat kepada penduduk. Beberapa Jabatan/Agensi telah memberi jawapan positif untuk turut serta seperti SPR, AADK, JKJR, Jabatan Kesihatan, Lembaga Tabung Haji, MPSJ, Bomba & Penyelamat dan lain-lain.
Semua penduduk dimita hadir untuk memeriahkan Mini Karnival ini. Gerai-gerai promosi dan jualan akan dibuka untuk kemudahan penduduk.
AKTIVITI
Selain dari mendapatkan khidmat dari Jabatan dan Agensi yang hadir, pengunjung juga akan disajikan dengan pelbagai acara menarik bagi memeriahkan karnival ini. Cabutan bertuah, Pertandingan Mewarna dan beberapa acara lain sedang diteliti.
PROMOSI
Untuk makluman, Karnival ini bukan sahaja akan dihadiri oleh penduduk seksyen 7 malah PPLEP7 akan menjemput penduduk di Seksyen 3,4,5 dan 6 serta kawasan lain yang berdekatan untuk turut berkunjung.
Kami berharap agar penduduk akan turut membantu untuk menghebahkan kepada saudara-mara dan rakan taulan terutama di sekitar Bandar Putra Permai untuk berkunjung ke Karnival ini.
PENUTUPAN SEMENTARA JALAN
Pada hari tersebut Persiaran Lestari Putra akan ditutup sementara dan dilencongkan ke jalan LEP7/1 dan LEP7/4 bagi penduduk ZON A dan B untuk keluar atau pulang kerumah.
Sila rujuk 'Guide Map' di bawah untuk gambaran yang lebih lanjut.
TAPAK BERNIAGA
PPLEP7 amat menggalakkan sekiranya ahli dan penduduk Seksyen 7 berminat untuk berniaga semasa karnival tersebut berlangsung. Untuk pengetahuan kami akan mengambil deposit sebanyak RM50.00 sebagai wang pengesahan. Namun RM30.00 akan dikembalikan pada hari karnival dan RM20.00 akan dijadikan sebagai sumbangan untuk Persatuan.
Berdasarkan siapa cepat dia dapat disebabkan tempat yang terhad siapa yang berminat boleh berhubung dengan PUAN NORHANA di talian 019 3176742 untuk membuat tempahan.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai Mini Karnival ini bolehlah menghubungi AJK-AJK persatuan yang sentiasa sedia berkhidmat. Kerjasama dari semua penduduk kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Pastikan anda telah menandakan kalendar untuk mengadiri Mini Karnival PPLEP7 pada hari AHAD 25 JULAI 2010. Banner, Edaran Pamplet/Flyers dan surat pekeliling akan menyusul dalam masa terdekat.
Bagi ahli/penduduk yang berkelapangan bolehlah menghubungi Pengerusi atau AJK sekiranya berminat untuk turut membantu dalam membuat persiapan bagi menjayakan Mini Karnival ini.