Perjumpaan bagi perbincangan aktiviti Ronda Malam PPLEP7

10 November 2010 - Sebilangan penduduk taman berkumpul di ruang luar surau Al-Mustaqim bagi perbincangan berkaitan Ronda Malam PPLEP7.

Tidak kurang dari 50 orang telah berkesempatan menghadirkan diri untuk mendengar sendiri perancangan dan perlaksanaan Ronda Malam PPLEP7. Sebelumnya, pada 1 Nov lalu, Pengerusi PPLEP7, AJK-AJK PPLEP7 bersama beberapa penduduk telah pun mengadakan perjumpaan kecil membincangkan tindakan permulaan yang perlu diambil sebelum memulakan aktiviti Ronda Malam. KLIK SINI - untuk mengikuti artikel berkaitan perjumpaan 1 Nov.

Hasil dari perjumpaan tersebut, sekeping surat bertajuk SKIM PENGAWASAN KEJIRANAN telah di hantar ke setiap rumah di LEP 7 ini bagi menjemput penduduk mengikuti perjumpaan Ronda Malam.

Sekitar jam 9:00 malam, Pengerusi, En. Shahari mengalu-alukan kehadiran penduduk yang sudi meluangkan masa dan melibatkan diri dalam perjumpaan.






Pengerusi PPLEP7, Encik Shahari memulakan perbincangan.

Menurut Pengerusi, Ronda Malam PPLEP7 ini adalah dibawah Biro Keselamatan PPLEP7 dengan kerjasama dan pemantauan pihak PDRM.

Perjumpaan ini dijayakan dengan kerjasama pihak Surau Al-Mustaqim yang menyediakan tempat bagi perjumpaan Ronda Malam PPLEP7. Malah, kesepakatan juga telah dicapai antara PPLEP7 dan pihak surau supaya bahagian luar surau ini dijadikan pusat perjumpaan bagi sukarelawan Ronda Malam yang bakal bertugas kelak.

Selepas kata-kata aluan dan menjelaskan serba sedikit berkaitan Ronda Malam, Pengerusi mempersilakan Timbalan Pengerusi PPLEP7, En Roslan untuk memperihalkan lebih lanjut mengenai konsep dan perlaksanaannya.

Encik Roslan menyentuh isu masa/waktu yang bakal dijadikan waktu rasmi pemantauan Ronda Malam, isu kelengkapan yang perlu dibawa oleh sukarelawan sewaktu meronda, kenderaan yang digunakan untuk meronda. Beliau juga menasihati agar sukarelawan menitikberatkan aspek keselamatan dab berhati-hati sewaktu bertugas kelak.




Timbalan Pengerusi PPLEP7, Encik Roslan menerangkan perlaksanaan aktiviti.

Beberapa penduduk juga mengambil peluang memberikan cadangan dan bertanya soalan-soalan berkaitan.


Memberikan idea-idea dan saranan yang bernas.


Antara yang berminat berkongsi idea.

Semua cadangan dan soalan yang telah diajukan, kemudiannya diperbincangkan, diambil kata sepakat serta direkodkan.

Di dalam kerancakan perbincangan, sekali-sekala di selitkan dengan ketawa dan keriuhan dek dari gurauan-gurauan hadirin. Setengah jam perbincangan berjalan, kelihatan penduduk yang kian datang untuk mendengar dan melibatkan diri. AJK-AJK mengagihkan beberapa helai kertas untuk penduduk yang berminat mengikuti aktiviti Ronda Malam...Alhamdulillah, pada malam itu sahaja, sebilangan penduduk telah mendaftarkan diri secara menulis nama, alamat dan nombor telefon.


Mendaftar nama

Menurut En Roslan, lebih kurang terdapat 800 pintu rumah di LEP7. PPLEP7 mengharapkan pembabitan yang ramai bagi menganggotai Ronda Malam sekaligus dapat meminimakan kekerapan rutin rondaan malam bagi seseorang individu. Sasaran beliau, andai ini dapat di capai, berkemungkinan hanya sekali sahaja seseorang sukarelawan akan bertugas Ronda Malam (dalam sebulan). Malah, tidak mustahil berkemungkinan hanya sekali bagi 2 bulan jika lebih ramai penduduk yang menyertai.




Bagi senarai nama yang telah berdaftar, AJK PPLEP7 akan menghantar pesanan melalui SMS kepada mereka jadual bertugas dan kumpulan mereka bakal sertai. Jadual juga akan di berikan kepada setiap sukarelawan bagi memudahkan rujukan rondaan. Pengerusi menyatakan bahawa Rondaan Malam akan bermula pada waktu yang terdekat.



Kepada penduduk yang telah hadir, Pengerusi mewakili PPLEP7 mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian kehadiran dan kesanggupan/komitmen mereka yang sanggup menganggotai Ronda Malam PPLEP7.

Pihak PPLEP7 sentiasa mengalu-alukan kesediaan penduduk untuk menyertai Ronda Malam demi menjadikan LEP7 sebagai satu komuniti yang selamat, tenteram dan harmoni.





Manakala bagi penduduk yang tidak dapat hadir untuk perjumpaan kali ini, kesudian pembabitan anda secara sukarela sentiasa dialu-alukan dan pengorbanan anda untuk bertugas bersama rakan-rakan lain, sangat dihargai.

Perjumpaan berakhir dan penduduk bersurai sekitar jam 10:15 malam. Pengerusi berhasrat perjumpaan/mesyuarat Ronda Malam PPLEP7 diadakan sekali setiap bulan atau setidak-tidaknya sekali dalam 2 bulan. Lanjutan perkara ini akan dimaklumkan kemudian.

  • Ingin rujuk artikel perjumpaan Ronda Malam yang lalu. KLIK SINI.