No. Rujukan : PPLEP7/2011/006

Tarikh : 18 Mac 2011


Ahli-Ahli Persatuan Penduduk,

Taman Lestari Putra Seksyen 7

Bandar Putra Permai


Tuan/Puan,


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPLEP7


Menemui tuan/puan ahli PPLEP7 semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat kejiranan yang tinggi.


2. Merujuk kepada perkara di atas, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Seksyen 7 Taman Lestari Putra akan diadakan seperti berikut :


Tarikh : 27 Mac 2011

Masa : 10.00 pagi

Lokasi : Taman Permainan, Jalan LEP 7/12


3. Agenda Mesyuarat :


a. Ucapan aluan pengerusi majlis

b. Ucapan pengerusi PPLEP7

c. Membentang dan mengesahkan Minit MATPPLEP7 2010

d. Membentang dan mengesahkan Penyata Tahunan 2010

e. Membentang dan mengesahkan Penyata Kira-KIra 2010

f. Hal-hal lain

g. Ucapan penangguhan


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 012-3603805 atau En. Shahari (Pengerusi) di talian 013-2696481.


Sekian harap maklum.


“DARIPADA HARAPAN KEPADA KESEPAKATAN”


Yang Menjalankan Tugas

………………………..

(Mohd Ali Bin Ismail)

Setiausaha