HARI KELUARGA PPLEP7 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan, Persatuan Penduduk Seksyen 7 Taman Lestari Putra (PPLEP7) akan menganjurkan  HARI KELUARGA pada 10 Julai 2011 bertempat di Padang Besar Jalan LEP7/12 bermula jam 8 pagi.

Dengan ini kami seluruh AJK PPELP7 amat berbesar hati mengajak semua penduduk Taman Lestari Putra seksyen 7 untuk turut sama menjayakan program ini. Program ini adalah bertujuan untuk menambah baik lagi ikatan ukhwah di antara penduduk. Agar silaturrahim yang sedia terjalin akan bertambah kukuh.

Diminta agar anda dapat turut membantu untuk mempromosikan program ini kepada jiran-jiran berhampiran anda. kehadiran tuan-puan pastinya akan memeriahkan program ini.

SEKIAN HARAP MAKLUM

PPLEP7