KARNIVAL SUKAN 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacitanya dimaklumkan PPLEP7 akan menganjurkan acara sukan 2012 dengan tujuan untuk memupuk semangat kejiranan di LEP7 ini. Melalui maklumbalas yang telah diterima, acara sukan ini akan di isi dengan pelbagai acara. Antara sukan yang telah di rancang dan akan dimulakan secepat mungkin adalah Bolasepak, Sepak Takraw, Bola Jaring, Badminton, Bola Tampar dan akan di akhiri dengan Hari Keluarga dan Sukaneka.

Peserta akan dibahagikan mengikut Zon yang telah ditetapkan bagi menyemarakkan lagi pertandingan ini. Acara akan dimulakan dengan perlawanan bola sepak yang dijangka akan diadakan pada bulan Februari ini di Padang Lepseven FC.

Ketua-ketua Zon telah dilantik untuk mengurus para peserta bagi zon masing-masing. Sila hubungi mereka untuk urusan pendaftaran dan penerangan yang lebih terperinci berkenaan program ini.

Ketua-ketua Zon yang telah dilantik ialah :
ZON A : En. Mohd Ali Ismail | Jln LEP7/6 | HP – 012 3603805
ZON B : En. Ahmad Shakir Jln | LEP7/5 | H/P – 017 3772078
ZON C : En. Zaharudin Mokhtar | LEP7/19 | H/P – 019 2498467
ZON D : En. Mohd Roslan Sidek | LEP7/26 | H/P - 019-2235355

Warna Rasmi setiap Zon adalah seperti di bawah:












Pembahagian ZON adalah seperti di bawah:




Sukan yang akan dipertandingkan, tarikh dan sistem pungutan mata adalah seperti berikut :


Semua pertandingan yang akan dijalankan adalah tertakluk kepada ketetapan berikut:

1)      Penyertaan  : Terbuka kepada Semua penduduk Seksyen 7, Taman Lestari Putra yang berumur 18 tahun ke atas. 

2)      Hadiah : PPLEP7 telah memperuntukan dana untuk memberikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara. Namun begitu PPLEP7 juga  sedang berusaha untuk mendapatkan penajaan dari syarikat dan agensi kerajaan. Sekiranya usaha berhasil, jumlah dan nilai hadiah yang diperuntukakan akan ditambah mengikut kesesuaian pertandingan. Bentuk hadiah akan diumumkan semasa pertandingan dijalankan kelak.

3)      Peraturan Permainan : Setiap perlawanan yang akan dijalankan adalah mengikut format dan peraturan asal sukan tersebut. Namun begitu PPLEP7 adalah berhak untuk meminda apa jua peraturan untuk disesuaikan dengan keadaan tempat, masa dan suasana pada hari pertandingan. Segala pindaan peraturan akan diumumkan sebelum pertandingan dimulakan.

4)      Keselamatan dan kesihatan : Segala risiko keselamatan dan kesihatan adalah di luar tanggung-jawab PPLEP7. Semua peserta adalah dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan memastikan keupayaan kesihatan masing-masing semasa menyertai sukan yang dipertandingkan.

5)      Pengumuman dan Jadual Pertandingan : Pengumuman-pengumuman berkenaan jadual dan keputusan perlawanan serta berita berkenaan pertandingan ini akan disebarkan melalui laman facebook PPLEP7. Maklumat-maklumat terkini juga akan disalurkan melalui Ketua-ketua zon.



Kami berharap agar seluruh penduduk bersama-sama menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada ketua Zon masing-masing dan Pengerusi serta AJK PPLEP7.

Terima Kasih