PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI


Sempena kedatangan cuti sekolah, Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7 bersama Surau Al-Mustaqim telah mengadakan Program Berkhatan Beramai-Ramai pada 6hb Disember 2009 yang lalu.


Pengarah Program, En. Shahari Jantan berkata, program itu mendapat penyertaan 15 kanak-kanak yang mana 10 daripadanya adalah dari anak-anak penduduk Seksyen 7 manakala selebihnya daripada luar.


Katanya, melalui majlis sedemikian diharap dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk taman melalui program yang disertai oleh semua masyarakat di taman ini. Selain dapat mengumpulkan masyarakat disini dalam satu majlis, dengan cara ini juga dapat memberi semangat kepada semua peserta berkhatan agar mereka lebih berani dan tidak takut berkhatan. Kita dapat melihat melalui majlis sebegini akan dapat membudayakan tradisi berkhatan dalam kalangan orang Melayu di sini kerana dengan adanya penyertaan dari semua pihak, ia dapat diadakan dalam suasana meriah kerana ia dilakukan dengan cara bergotong-royong oleh semua penduduk di Taman Lestari Putra ini.


Turut hadir dalam program tersebut Ahli Majlis MPSJ JKP19, En. Hamndan Ismail.