" Sesungguhnya pahala orang yang bersedekah itu terlebih dahulu sampai kepada Allah sebelum sampai kepada penerimanya."
"Sesungguhnya pahala korban itu terlebih dahulu sampai kepada Allah sebelum darah korbannya itu mengalir ke bumi..."
Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya."

Dalam kepanasan mentari pagi , pada tarikh 27hb November 2009 , bertempat di sebelah Surau Al-Mustaqim, ibadah Qurban & Aqiqah yang menjadi aktiviti tahunan di dalam diari aktiviti Surau Al-Mustaqim sejak beberapa tahun telah selamat dilaksanakan. Dengan rasa rendah hati (dengan segala macam kepayahan dan kesukaran yang dihadapi) dan rasa bangga yang berbunga (dengan sifat 'kesalingan' yang ditunjukkan semua) BANGKIT mengalungkan ribuan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua warga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, bermula daripada Ahli Jawatankuasa Pelaksana sehingga kepada penduduk yang memberikan kerjasama, pertimbangan, ta'awun dan kebersamaan yang sangat bernilai...Sesungguhnya bekerja dalam suasana seperti ini tidak akan mendapat pulangan wang, pangkat, keselesaan mahupun pujian manusia terbanyak, cuma yang kita semua harapkan hanyalah "reward" dan ganjangan dari NYA...Untuk makluman semua, dengan bantuan rakan-rakan, daging-daging qurban telah diagihkan kepada penduduk yang terlibat. Sementara sebahagian daripadanya dimasak untuk jamuan petugas dan mereka yang terlibat dalam program qurban tersebut.
*Gambar semasa program qurban & aqiqah akan dipaparkan dalam masa terdekat...