Kem Bolasepak LEP7 - Minggu ke 3


Salam sejahtera kepada semua para ibu bapa.....

Sessi Minggu ke 3 latihan bolasepak ialah pada hujung minggu ini iaitu 26 June 2010(Sabtu) dan 27 June 2010(Ahad)

Di syorkan ibubapa yang berkesempatan, sebolehnya menghantar anak-anak pada jam 5:15 petang (sebaik selepas menyelesaikan solat Asar). Bermakna, pada jam 5:15 petang, anak-anak (iaitu pelatih) sudah berada di padang dalam keadaan telah lengkap memakai kasut bola, pad kaki dan yang berkaitan.

Waktu kehadiran ini sangat sesuai kerana Coach Mohd Azlan berhasrat untuk menghabiskan sessi latihan (keseluruhannya) sebelum dari masuknya waktu Maghrib. Ini juga bagi memastikan , kita dapat menggunakan masa sebaiknya untuk jangkamasa yang merangkumi sessi lari pusingan padang, senaman permulaan(stretching), latihan praktikal bola dan juga latihan perlawanan 2 pasukan.

Okey ! Jumpa hujung minggu nanti.......