Laporan Kem Bolasepak Minggu ke 2 : 19 - 20 June 2010

Selesai sudah Kem Bolasepak bagi sessi minggu ke 2 - bagi tarikh 19 dan 20 June 2010. Sambutan bagi penyertaan nampaknya semakin meriah, lebih kurang 40 anak-anak menyertai sessi pada petang tadi (20 June 2010).

Coach Mohd Azlan seperti biasa mencurahkan skil dan pengalamannya kepada anak-anak LEP7. Untuk makluman, Coach Mohd Azlan ialah jurulatih bertauliah dan mendapat pengiktirafan serta mempunyai sijil kelayakan yang bersesuaian.

Difahamkan, anak-anak dari penduduk LEP bersebelahan juga turut menyertai Kem Bolasepak ini.


Ketua Biro Sukan dan Rekreasi - En Zaharudin sedang memantau perjalanan Kem Bolasepak

Setakat ini, keseluruhan anak-anak dibentukkan dalam 2 kategori.
  1. Mahir dan berkebolehan bermain bolasepak
  2. Baru mula belajar bermain bolasepak dan minat
Pendekatan disiplin akan diterapkan sedikit demi sedikit kepada anak-anak ini. Coach dan pihak Biro juga faham bahawa anak-anak kecil ini masih mentah di dalam perkara disiplin, maka itu proses pemahaman disamping bersukan di berikan secara berperingkat kepada anak-anak ini.

Anak-anak kecil ini di ajar mengulang dan mempraktikkan beberapa skil-skil terutama penghantaran bola. Kekerapan latihan, InsyaAllah akan memahirkan dan membuat kan mereka biasa dengan pergerakan yang berulang.


Salah satu pasukan diminta memakai "bib" untuk memahamkan anak-anak tentang perbezaan pasukan.

Coach Azlan menggalakan para ibu bapa membeli pad kaki /soccer pad (rujuk foto dibawah), untuk memastikan kaki anak-anak ini terhindar dari sepakan oleh rakan-rakan mereka sewaktu beraksi di padang.


Soccer Pad / Pad Kaki

Pad kaki ini boleh dibeli dari kedai-kedai sukan berhampiran. Terdapat juga ibu bapa yang membeli di Puchong Prima atau di Warta Bangi dengan harga RM8 sepasang. Nota : Harga berbeza mengikut kualiti. Walaubagaimana pun, yang berharga sekitar RM8 itu pun sudah memadai kekuatannya. Seperkara lagi, jangan tersilap beli saiz yang orang dewasa punya pulak ! :D. Minta pada pekedai tu saiz utk kanak-kanak.

Latihan bersambung ke minggu seterusnya nanti......