Berbuka Puasa & Moreh Bersama PPLEP7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Dengan penuh kesyukuran di bulan yang mulia ini kami menjemput semua Ahli dan Penduduk untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Moreh di Surau Al-Mustaqim pada hari Sabtu 21/8/2010 bersamaan 11 Ramadhan 1421 tajaan PPLEP7.



Kami juga amat mengalu-alukan semua Ahli dan Penduduk yang bukan beragama Islam untuk turut hadir menjamu selera sambil turut menghayati suasana berbuka puasa.

Sekiranya ada kelapangan anda juga dijemput untuk bersama-sama membantu untuk menyediakan juadah berbuka pada jam 5ptg di Surau Al-Mustaqim. Kami memohon kerjasama anda untuk menyampaikan perkara ini kepada jiran tetangga untuk hadir ke majlis tersebut.

Sekian