2 Oct 2010 - Sempena Aidilfitri 1431H, Surau Al Mustaqim dan Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7 telah bergabung untuk menjayakan Majlis Aidilfitri LEP 7.
Sehari sebelum majlis, AJK surau dan AJK PPLEP7 bersama penduduk yang berkelapangan telah mengadakan gotong-royong yang memfokuskan masakan makanan-makanan yang bakal dijamu kepada penduduk. Majlis ini tidak tertumpu kepada penduduk LEP 7 sahaja malah penduduk LEP yang berjiran turut dijemput. Banner juga ada diletakkan di simpang 3 untuk maksud tersebut.
Antara menu yang dimasak ialah rendang daging, kuah kacang, rendang ayam, nasi impit, ketupat daun palas, bihun goreng dan beberapa lagi. Pencuci mulut pula seperti buah oren dan tembikai.
Perbincangan-perbincangan berkaitan sebelum gerakerja bermula.
Suasana meriah, rancak masak-memasak.
Selain itu, gotong royong juga berkisar membersihkan surau, persekitarannya, pemasangan khemah dan beberapa perkara lain.
Masak-memasak bermula sejak dari selepas Asar 2 Sep 2010 (Sabtu), break sekejap utk solat dan secara berterusannya selepas dari solat Isyak...ada pihak yang mengambil tugasan membeli barangan yang diperlukan di Pasar Borong. Ada pihak menyediakan peralatan dan juga ada yang menyediakan bahan-bahan asas masakan.
Pihak wanita sedang bergotong-royong menyediakan ketupat daun palas.
Sebahagian yang sedang memotong daging dan menyediakan bawang utk. masakan.
Anggaran 20 kilo daging yang telah dipotong-potong kepada potongan kecil utk. dibuat rendang.
Proses mencuci daging.
Pada masa yang sama, minyak dan cili di tumis utk. penyediaan kuah kacang.
Masing-masing begitu asyik memotong daging , menghiris bawang dan halia.
Team yang lain memfokus tugasan mengukus ketupat daun palas.
Pada malam tu, hujan turun agak lebat tapi proses memasak/penyediaan makanan diteruskan dengan tetap bersemangat oleh semua yang membantu. Terima kasih kepada Kak Normah, Rahimi dan lain-lain yang meyediakan minuman , buat membasahkan tekak sambil-sambil membuat kerja.
Dek disebab hujan semakin lebat, pihak wanita putuskan untuk membuat kerja mengisi ketupat di bahagian depan surau.
Begitu asyik menghiris bawang.
Tok Hassan dengan boot getahnya yang begitu tekun menggoreng kacang utk dibuat kuah kacang.
Abang Ali dan Salim yang gembira dapat menyediakan kacang panjang untuk masakan.
Bawang kecil dan bawang besar yang telah dihiris halus (sebelum di masukkan ke dalam pengisar.)
Ketupat-ketupat segera yang telah dimasak.
Rendang daging yang harum semerbak baunya...
Selain memasak ada jugak team yang pergi mengambil khemah di rumah Hamidi (Jalan 7/22) utk dipasangkan di surau....waktu tu dah sekitar jam 12:30 pagi.
Alang-alang nak pergi ambil khemah di rumah Midi, apa lagi ada plak yang sempat pekena Laksa dan kuih muih di situ.
Kerja-kerja membuka khemah di depan rumah Hamidi.
Secara keseluruhannya, proses memasak dan menyediakan khemah mencecah ke sekitar jam 2:00 pagi.
Link foto-foto lain - KLIK
Laporan Majlis Aidilfitri akan menyusul...