Sambutan Majlis Aidilfitri 1431H LEP7

Pada 3 October 2010 (Ahad) - Taman Lestari Putra 7 telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri bagi meraikan Aidilfitri bagi tahun ini.

Majlis yang bertempat di surau taman iaitu Surau Al-Mustaqim adalah dikelolakan dan dijalankan dengan inisiatif usahasama pihak Surau Al-Mustaqim dan Persatuan Penduduk Lestari Putra 7 (PPLEP7), juga penduduk setempat.

Banner dan surat terlebih dahulu telah diagihkan kepada penduduk untuk memaklumkan jemputan ke majlis tahunan ini. Majlis ini dengan objektif utama persatuan taman dan surau, juga menjemput pelbagai kaum dan bangsa dengan harapan silaturrahim dan sifat kerukunan taman dapat dieratkan.



Sekitar jam 2:30 PM, majlis pun bermula, kehadiran penduduk setempat amat menggalakkan, kehadiran lebih ramai sekitar jam 3:00 PM. AJK-AJK surau dan persatuan telah bertindak meraikan dan menyambut kehadiran penduduk.





Kelihatan Pengerusi ,Bendahari serta AJK-AJK surau dan persatuan bersedia meraikan penduduk yang tiba.


Juadah yang telah disiapkan secara gotong royong di sediakan khas untuk penduduk taman bukan sekadar penduduk taman LEP7 sahaja malah kepada penduduk LEP yang berjiran spt LEP6,LEP4,LEP3.



Penduduk dari kaum Cina juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengunjungi rakan-rakan mereka disamping menikmati juadah dan makanan yang disediakan.



Beberapa penduduk kaum Cina yang turut sama.

Beberapa khemah disediakan untuk kemudahan penduduk. Secara umumnya, pihak wanita dan kanak-kanak perempuan dikhaskan di sudut berbumbung manakala pihak lelaki di bawah khemah.



Cuaca juga agak cerah pada petang tersebut walaupun sedikit panas terasa. Walaupun begitu keakraban penduduk lebih terasa dengan silaturrahim yang tercetus di antara mereka.

Kunjungan dari penduduk setempat amat meriah, pihak AJK mengambil dan melebarkan beberapa tikar-tikar, dibentangkan untuk yang memilih bersila sambil makan di bahagian depan surau.


Kaum wanita yang dusuk bersila di tempat yang dikhaskan.



Meja dan kerusi surau disediakan buat kemudahan menikmati makanan dan juadah hari raya.

Antara makanan yang disediakan ialah ketupat daun palas, rendang ayam dan rendang daging, ketupat nasi impit, bihun goreng. Terdapat juga penduduk yang membawa kuih muih dari rumah sebagai tambahan kepada menu yang sediada.



Menikmati buah-buahan yang disediakan.

Rata-rata yang hadir datang bersama ahli keluarga. Kanak-kanak adalah antara yang ceria dan gembira. Bermacam gelagat terutama dari kanak-kanak.



Sekitar waktu Asar, penduduk yang masih berada di persekitaran surau telah bersama-sama mendirikan solat Asar berjemaah. Sebaik habis bersolat, majlis terus menyambung menerima kunjungan penduduk.

Sekitar jam 6:00 PM, apabila didapati penduduk kebanyakannya telah hadir dan tiada lagi kehadiran, maka majlis berakhir.


Barisan ahli dari persatuan dan surau bergambar kenangan bersama selepas majlis selesai.

Pihak persatuan penduduk (PPLEP7) dan Surau Al-Mustaqim ingin merakamkan jutaan dan tidak terhingga ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis Aidilfitri ini, juga kepada penduduk yang telah hadir meraikan dan memeriahkan majlis.

InsyaAllah sambutan sebegini akan diteruskan lagi di tahun seterusnya bagi memantapkan silaturrahim dan ukhwah sesama penduduk utk. kebaikan bersama.

Klik disini untuk melihat Album Jamuan Hari Raya