JOGATHON PENDUDUK 201O -PPLEP7

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7, dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) akan menganjurkan Pertandingan ‘Jogathon Penduduk 2010’. Program ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran kesihatan melalui bersukan dikalangan penduduk setempat disamping mempertingkatkan lagi keharmonian dan semangat setiakawan. Butir-butir pertandingan adalah seperti di bawah :

A) Tarikh, Masa dan Tempat
Tarikh : 7 November 2010
Hari : Ahad
Masa : 8 pagi
Tempat : Padang Besar LEP7, Jalan LEP 7/12
Tarikh Tutup Penyertaan : 5 Nov 2010


Muat Turun

Borang penyertaan boleh diambil dan diserahkan kepada Nama-nama di bawah atau AJK persatuan yang berhampiran rumah anda. Yuran penyertaan RM1.00 hendaklah disertakan semasa menyerahkan borang pendaftaran.

1) Badrulhisham : 016-6135295
2) Zaharudin : 019-2498467
3) Norhana : 019-3176742
4) Zaimany : 013-6707470

B) Kategori dipertandingkan
A - Lelaki Vateran : 40 – 60 thn
B - Lelaki Dewasa : 18 – 39 thn
C - Remaja Lelaki : 13 – 17 thn
D - Kanak-kanak Lelaki : 7 – 12 thn
E - Wanita Vateran : 40 – 60 thn
F - Wanita Dewasa : 18 – 39 thn
G - Remaja Perempuan : 13 – 17 thn
H - Kanak2 Perempuan : 7 – 12 thn

C) Syarat-syarat Penyertaan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak lebih dari 60 tahun
  3. Tidak pernah mewakili Negeri/Negara dalam mana-mana pertandingan marathon atau setaraf.
  4. Perserta mestilah sihat fizikal dan mental dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan jika menyertai pertandingan
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko kemalangan yang berlaku
  6. Bagi Kategori D dan H, kebenaran oleh ibu bapa atau penjaga perlu disertakan sekali seperti dalam Borang Penyertaan. Jika tidak penyertaan berkenaan boleh dibatalkan.
  7. Peserta adalah dikehendaki untuk memakai pakaian sukan atau yang bersesuaian, selaras dengan aktiviti yang dibuat di dalam pertandingan ini.

D) Peraturan Pertandingan 
  1. Peserta hendaklah melalui laluan yang ditetapkan. Papan tanda arah akan diletakkan disetiap lokasi bersesuian untuk kemudahan peserta. ‘Marshal’ juga akan dilantik untuk memantau pertandingan, menjaga ‘Check Point’ dan mengawal keselamatan lalu-lintas.
  2. Setiap peserta dikehendaki mendapatkan kupon di Check Point yang ditetapkan untuk diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat.
  3. Kedudukan Check Point tidak akan diberitahu kepada peserta. Peserta dikehendaki mematuhi laluan yang ditetapkan untuk mendapatkan kupon secukupnya. Jumlah Kupon yang perlu diambil akan diberitahu pada hari pertandingan.
  4. 20 peserta dari setiap kategori yang paling awal sampai kegarisan penamat dan mempunyai kupon yang secukupnya akan dikira sebagai pemenang.
  5. Masa pendaftaran atau lapor diri sewaktu hari pertandingan adalah dari jam 7.00pagi sehingga 7:45 pagi. Peserta yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.  


Nota: Pihak penganjur adalah berhak meminda syarat-syarat dan peraturan diatas. Hadiah-hadiah menarik untuk para pemenang dan hadiah cabutan bertuah sedang dipetimbangkan dan akan diberitahu secepat mungkin.


Ikuti artikel terkini berkaitan aktiviti Jogathon ini. Klik SINI.