PROGRAM KEM MOTIVASI SOLAT

Pihak Surau Al-Mustaqim bersama Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7 (PPLEP7) akan menganjurkan Kem Motivasi Solat seperti tarikh dan masa berikut :


Tarikh: 18 & 19 Disember 2010
Masa : 1:3O PM 18 Disember 2010 hingga 2.00PM 19 Disember 2010
Tempat : Surau Al-Mustaqim LEP 7
Muat Turun Borang Penyertaan

Objektif utama Kem Motivasi Solat ini adalah untuk memahami dan menambah baik pengetahuan dan cara sebenar ilmu berkenaan solat yang diajar & dituntut mengikut syariat yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.Disamping itu Kem ini bertujuan untuk mendekatkan lagi anak-anak kita kepada Surau dan Masjid melalui konsep solat berjemaah.

Selepas berakhirnya kem ini, InsyaAllah, para peserta akan lebih memahami tentang solat dan cara sebenar mengerjakannya.
Tarikh tutup penyertaan : 16 Disember 2010
Borang penyertaan hendaklah di serahkan kepada :

1. En. Abu Salim Din (019 2735160)
2. En. Badrulhisyam (016 6135295)
3. Haji Arifin Sukiman (019 2250080)
4. En. Rozaimi (012 6022473)
5. En. Shahari Jantan (013 2696481)
6. AJK surau Al-Mustaqim

Modul yang disediakan

• Solat Berjemaah
• Konsep Solat

• Hukum Solat
• Qiyamullail

• Praktikal Solat

• Tazkirah

• Cerita – Cerita Nabi dan
• *Perkhemahan untuk bermalam disediakan


Yuran Penyertaan
• Anak pertama – RM 20 seorang
• Kedua dan seterusnya – RM 10 seorang
(Yuran dibayar semasa pendaftaran)

Keperluan yang perlu dibawa untuk berkhemah :

1. Bantal & alas tidur
2. Berus & Ubat gigi/ Tuala
3. Pakaian

Peringatan
- Para peserta tidak digalakkan untuk membawa barangan berharga.

Muat Turun Borang Penyertaan