MESYUARAT AGUNG PPLEP7 KALI KE-5



Alhamdulillah, Mesyuarat Agung kali ke 5 telah berjalan dengan lancar pada hari Ahad 4 Mac 2012 yang lalu. Selain meneliti dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu oleh Tuan Pengerusi PPLEP7, Setiausaha dan Bendahari telah membentangkan lapuran aktiviti dan kewangan bagi tahun 2011. 


Perkara yang paling utama dalam mesyuarat agung tersebut adalah pemilihan ahli jawatankuasa bagi penggal 2012/2014 yang mana ianya secara tidak langsung akan mencorakkan masa depan PPLEP7 seluruhnya. Namun dengan kebijaksanaan memilih oleh ahli-ahli PPLEP7 yang hadir, barisan yang terpilih pada kali ini memberi harapan baru kepada PPLEP7 untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. 


Walaupun ramai AJK baru yang dipilih ia tidak bermaksud AJK lama yang cuba menarik diri disisihkan. Ia sebenarnya akan memperkuatkan lagi PPLEP7 kerana kerjasama dalam keluarga PPLEP7 amat diperlukan dalam menjalankan semua aktiviti kelak.




Berikut adalah Barisan AJK PPLEP7 sesi 2012/2014 yang dibarisi muka baru dan lama :
Pengerusi : Shahari Bin Jantan No.28 Jln LEP7/12
Timbalan Pengerusi : Mohd Roslan Bin Sidek No.4 Jln LEP7/26
Setiausaha : Mohd Ali Bin Ismail No.16 Jln LEP7/6
Timbalan Setiausaha : Lilis Seri Yana Binti Sirun No.16 Jln LEP7/6
Bendahari : Rozaimi Bin Hasan No.18 Jln LEP7/12
Ahli Jawatankuasa : Loo Wai Tuck No.14 Jln LEP7/33
Mohd Ariff Bin Ariffin No.2 Jln LEP 7/6
Mohd Fazli Bin Omar No.2 Jln LEP 7/8
Hj Norhashim Bin Hasan No.47 Jln LEP 7/5
Mohd Sharil Bin Duki No.9 Jln LEP7/16
Hamidi Bin Mustafa No.14 Jln LEP7/22
Mohd Amirul Azman Bin Abd Wahab No.27 Jln LEP7/20
Yazid Bin Abdul Razak No.26 Jln LEP7/25
Wan Mariza Binti Wan Yusoff No.7 Jln LEP7/5
Aliwati Binti Aziz No.2 Jln LEP 7/6
Pemeriksa Kira-kira 1 : Hasrudin Bin Othman No.7 Jln LEP7/14
Pemeriksa Kira-kira 2 : Ahmad Shakir Bin Asri No.7 Jln LEP7/5


Seluruh warga PPLEP7 adalah amat berharap agar semua AJK yang dipilih akan terus komited untuk mencurah bakti menjalankan kerja-kerja amal bagi tahun tahun yang mendatang.