INFO MENGENAI AEDES - TIADA AEDES TIADA DENGGI!!


BERSAMA MEMBENTERAS AEDES
Jika anda didapati membiak jentik-jentik Aedes di luar dan di dalam rumah serta di sekitaran kawasan permis, dalam akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975 anda boleh didenda :
Bagi kesalahan Pertama :
a) Didenda sehingga RM10,000.00
b) Atau dipenjara sehingga 2 tahun
c) Atau kedua-duanya sekali

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya
a) Didenda sehingga RM50,000.00
b) Atau dipenjara sehingga 5 tahun
c) Atau kedua-duanya sekali
Sebarang Maklumat dan Aduan sila hubungi Jabatan Kesihatan MPSJ
Tel : 03-80237595 ext :101/102/104 (9am-5pm)
HOTLINE : 03-56376545 (Selepas waktu Pejabat)
DEMAM DENGGI - PUNCA DAN PENCEGAHAN
APA ITU DEMEM DENGGI
Demam denggi ialah demam yang disebabkan oleh jangkitan virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
Orang yang sihat menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus tersebut
Penyakit ini menyerang semua peringkat umur
Penyakit ini dianggap paling bahaya kerana sehingga sekarang belum ada vaksin atau ubat untuk merawatnya
Cara paling berkesan untuk menghindarkan penyakit ini ialah dengan mengawal pembiakan nyamuk yang menjadi pembawa penyakit dan mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk.
Nyamuk aktif menyerang pada waktu subuh/awal pagi dan petang
DI MANA NYAMUK AEDES MEMBIAK
Pasu bunga yang menakung air
Pelapik pasu bunga
Bekas penyiram bunga
Kolam lanskap yang tiada ikan atau terbiar
Pam tandas yang tidak digunakan
Takungan air yang tidak ditutup rapat (Tangki simpanan air, kolam mandi, tempayan)
Bekas-bekas plastik (botol, baldi)
Struktur-struktur rumah ('gutter', 'planter box')
Pokok-pokok yang berdaun lebar (Pokok pisang, pokok keladi)
CONTOH-CONTOH TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

PASU

TANGKI AIR

GUTTER

BOTOL

POKOK KELADI



KOLAM TADAHAN AIR




TANDA-TANDA DEMAM DENGGI
Demam mengejut yang berlarutan dengan suhu tinggi
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot dan biji mata.
Muntah
Bintik-bintik merah pada badan
Berdarah pada badan, hidung dan gusi
Jika anda atau sesiapa ahli keluarga anda
menunjukkan tanda-tanda penyakit
demam denggi, dapatkan rawatan segera
RIWAYAT HIDUP NYAMUK AEDES
TELUR
Berwarna hitam, tersusun seperti rakit. Telur menetas menjadi jentik-jentik dalam masa 1-3 hari
JENTIK-JENTIK
Membiak di atas permukaan air. Jentik-jentik menyalin kulit 4 kali dan membesar dalam masa 6-8 hari sebelum menjadi pulpa
PULPA
Kepopong berbentuk 'comma' bergerak aktif, peringkat beristirehat dan menjadi nyamuk dewasa dalam masa 1-2 hari
NYAMUK DEWASA
Berwarna hitam dengan corak sisik putih di seluruh badan, hidup selama 30 hari dan hisap darah sebelum bertelur
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Pencegahan pembiakan nyamuk Aedesdi tempat-tempat yang dinyatakan boleh dilakukan dengan :
Memastikan tempat-tempat yang berpotensi seperti pelapik pasu dan baldi sentiasa berada dalam keadaan kering.
Memelihara ikan yang memakan jentik-jentik dalam takungan air kekal seperti ikan puyu dan ikan gapi.
Menutup bekas simpanan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk dari masuk bertelur.
Memeriksa dan membersihkan saluran bumbung rumah (gutter) agar tidak tersekat oleh daun-daun atau sampah sarap
Membuang sampah yang tidak digunakan kedalam tong sampah atau tanam.
Menukar air dan mencuci tempayan, pasu bunga dan kolam mandi setiap minggu.
Menggunakan racun serangga (aerosol) untuk membunuh nyamuk.
Pautan :
Bernama : Denggi Sukar Dibasmi Akibat Sikap Negatif Orang Ramai Dan Kurang Tenaga Kerja
UITM : Kawasan Utama Demam Denggi
Di Selangor Tahun 2009
WHO : Information About Dengue
MINT : Petua untuk demam denggi
Hospital Selayang : Kaedah pengasapan didakwa tak berkesan bunuh Aedes
IKAN PUYU - KAWALAN NYAMUK SECARA BIOLOGI