HARI KELUARGA PPLEP7 2012


Alhamdulillah, Hari Keluarga telah berjaya diadakan dengan lancar pada 24 Jun 2012 dengan kerja sama semua pihak. Kehadiran juga amat memuaskan walaupun ramai yang datang agak lewat dan tidak turut  bersenam-robik yang membuka acara pada hari itu.




Pelbagai acara telah diadakan dengan pelbagai hadiah disediakan menambah ceriakan lagi program tersebut. Selain menambah ukhwah sesama jiran, penduduk juga dapat beriadah dan bersenam malah lebih beruntung lagi untuk mereka yang membawa pulang hadiah.



Acara yang diatur telah memberi peluang kepada semua peringkat umur menyertainya. Jenis hadiah juga telah di tambah baik bagi memastikan kepuasan hati untuk peserta yang memenangi acara. Kanak-kanak turut di beri peluang untuk menyertai acara dan pastinya merekalah yang lebih gembira ketika melihat ibu-bapa bertanding dalam acara yang dianjurkan.

Selain dari acara terbuka, 4 acara telah dipertandingkan untuk Karnival Sukan yang mana melibatkan perlawanan antara zon. Karnival sukan PPLEP7 2012 yang bermula sejak bulan Februari yang lalu telah dengan rasminya ditutup semasa hari keluarga tempohari. Tahniah kepada Zon C (Biru) yang telah merangkul juara keseluruhan diikuti Zon B, Zon A dan Zon D.


Kemeriahan hari keluarga di akhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah. Harapan seluruh AJK PPLEP7 agar semua ahli dan penduduk usaha yang di buat oleh pihak PPLEP7 dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan datang. Semoga ukhwah dikalangan penduduk terus kukuh dan keharmonian terus mekar di perkampungan kita.


Dapatkan gambar-gambar Album Hari Keluarga di laman facebook PPLEP7. http://www.facebook.com/pplep7