Showing posts with label Biro Hal Ehwal Wanita. Show all posts
Showing posts with label Biro Hal Ehwal Wanita. Show all posts

Sambungan Bengkel Menganyam Bakul Dari Suratkhabar Lama - Sabtu 26 Jun 2010

Assalammualaikum wb....

Sambungan bengkel ini akan diteruskan pada Sabtu ini, 26 Jun 2010, masih di tempat yang sama iaitu di dewan luar Surau Al-Mustaqim jam 5:00 petang.


Gambar hiasan

Bagi yang telah hadir pada minggu lepas, sila datang lagi minggu ini untuk ketahui teknik-teknik seterusnya...

Bagi kaum wanita dan anak-anak perempuan yang belum pernah hadir, jemput datang dan meriahkan bengkel disamping berkenal-kenalan dengan kaum wanita yang lain.

Risau kerana tidak ikuti sesi minggu lepas ? Jangan risau, InsyaAllah kaum wanita yang lain dan tenaga pengajar boleh membantu.

Jemput datang....

Kalau nak merujuk semula artikel Bengkel Anyaman nie bagi minggu pertama - KLIK SINI

Bengkel Menganyam Bakul Dari Suratkhabar Lama - Sabtu 19 June 2010

Alhamdulillah, seperti yang telah di war-war kan, bengkel menganyam bakul dari suratkhabar lama telah berjalan seperti di rancang. Bengkel ini telah diadakan di ruang luar bangunan Surau Al-Mustaqim, jam 5:30 petang.

Kaum ibu dan anak-anak perempuan mereka telah mengambil bahagian untuk mempelajari teknik asas seperti menggulung kertas, membentuk dan menganyam.

Tenaga pengajar merupakan salah seorang kaum ibu yang juga penduduk taman LEP7 iaitu Puan Jalina.


Peserta bengkel sedang ditunjukkan cara-cara memotong suratkhabar dengan kaedah yang betul.



Puan Jalina sedang menerangkan cara-cara menggulung suratkhabar dengan menggunakan lidi sebagai asas membentuk.



Salah seorang peserta sedang menggulung suratkhabar dengan kemas.


Peserta diberi tunjuk ajar cara membuat tapak bakul.



Gambar lebih jelas menunjukkan cara menganyam secara berselang seli.



Hasil bakul dari suratkhabar lama yang sempat di pelajari.

Bengkel ini akan disambung pada hari Sabtu minggu hadapan (akan dimaklumkan kemudian) bagi menyudahkan proses seterusnya seperti mengemaskinikan anyaman dan juga proses Vanish.

Semoga pihak peserta yang terdiri dari kaum ibu dan anak mereka dapat memanfaatkan apa yang telah dipelajari dari bengkel ini.

Pihak Persatuan Penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Jalina kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu.

Bengkel Menganyam Bakul Kertas Utk Kanak-Kanak & Remaja Perempuan


Salam semua.....bagi kanak2 dan remaja perempuan berumur 7-15 tahun...kami akan mengadakan bengkel menganyam bakul dari suratkhabar lama pada hari Sabtu 19-6-2010 selepas Solat Asar (4.45ptg) bertempat di surau Al-Mustaqim.

Kepada yang berminat, boleh datang terus ke surau. Di minta semua Ibubapa memberikan kerjasama untuk menjayakan program amal yang berfaedah ini.

Kehadiran bersama kaum ibu bagi memberi sokongan kepada anak-anak, amat di alu-alu kan. Terima Kasih