Showing posts with label Komuniti LEP7. Show all posts
Showing posts with label Komuniti LEP7. Show all posts

Program Hari Keluarga 2009

Tahniah dan terimakasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan Program Hari Keluarga 2009 anjuran Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7.

Insyallah pada tahun hadapan, AJK Persatuan akan memperbaiki kelemahan dan kekurangan sepanjang program berlangsung.

Kerjasama dan sikap 'sporting' penduduk amat kami hargai dan memberi semangat baru untuk kami merancang program-program yang akan datang.

Untuk makluman semua, program Hari Keluarga ini telah dicadangkan oleh AJK semasa mesyuarat PPLEP7 pada 11 November yang lalu. Idea untuk mengadakan Program Khatan Beramai-Ramai juga timbul pada masa yang sama. Bagaimana mesyuarat pertama program Hari Keluarga hanya dapat dijalankan pada 9 Disember setelah program berkhatan selesai pada 6 Disember.

Mesyuarat kedua dan terakhir pula berlangsung pada 24 Disember bertempat di Surau Al-Mustaqim.




Kerja edaran risalah makluman progarm pula hanya sempat dilakukan pada keesokan (Jumaat) harinya. Edaran ini dilakukan oleh 4 orang sahaja yang mana terdiri daripada anak-anak AJK Sharil, Rozaimi dan Mohd Ali yang berumur diantara 9 ke 11 tahun.


Sebelah malamnya pula kerja-kerja membalut hadiah dilakukan di rumah Pengerusi Hj Aris. Mujur la Pn. Norhana, Pn Rubiah serta anak dan isteri Hj Aris turut membantu..


PROGRAM HARI KELUARGA 2009




TARIKH : 27 DISEMBER 2009 (AHAD)
PENDAFTARAN : 7.30 PAGI ~ 8.30 PAGI
TEMPAT : PADANG AWAM, JALAN LEP 7/12

TEMA : SANTAI SAMA-SAMA

OBJEKTIF :
Memberi ruang kepada penduduk untuk melakukan aktiviti bersama keluarga meraka dalam
pengisian masa yang terluang.

Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim serta
perpaduan dikalangan penduduk yang tinggal di sekitar LEP 7 ini.

Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Menjalinkan hubungan kerjasama antara penduduk dan menggalakkan keterlibatan penduduk
dalam menguruskan program secara bersama.

PENGISIAN PROGRAM :
Acara sukaneka umum
Acara sukaneka untuk kanak-kanak 6 ke 12 tahun
Acara sukaneka untuk remaja 13 tahun ke atas
Acara sukaneka untuk pasangan suami-isteri
Pertandingan melukis kanak-kanak
Cabutan bertuah
Jualan makanan dan minuman di tapak yang disediakan

TAPAK GERAI JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN OLEH URUSETIA.
SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

SEMUA DIJEMPUT HADIR DENGAN PAKAIAN YANG BERSESUAIAN