Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Perjumpaan bagi perbincangan aktiviti Ronda Malam PPLEP7

10 November 2010 - Sebilangan penduduk taman berkumpul di ruang luar surau Al-Mustaqim bagi perbincangan berkaitan Ronda Malam PPLEP7.

Tidak kurang dari 50 orang telah berkesempatan menghadirkan diri untuk mendengar sendiri perancangan dan perlaksanaan Ronda Malam PPLEP7. Sebelumnya, pada 1 Nov lalu, Pengerusi PPLEP7, AJK-AJK PPLEP7 bersama beberapa penduduk telah pun mengadakan perjumpaan kecil membincangkan tindakan permulaan yang perlu diambil sebelum memulakan aktiviti Ronda Malam. KLIK SINI - untuk mengikuti artikel berkaitan perjumpaan 1 Nov.

Hasil dari perjumpaan tersebut, sekeping surat bertajuk SKIM PENGAWASAN KEJIRANAN telah di hantar ke setiap rumah di LEP 7 ini bagi menjemput penduduk mengikuti perjumpaan Ronda Malam.

Sekitar jam 9:00 malam, Pengerusi, En. Shahari mengalu-alukan kehadiran penduduk yang sudi meluangkan masa dan melibatkan diri dalam perjumpaan.






Pengerusi PPLEP7, Encik Shahari memulakan perbincangan.

Menurut Pengerusi, Ronda Malam PPLEP7 ini adalah dibawah Biro Keselamatan PPLEP7 dengan kerjasama dan pemantauan pihak PDRM.

Perjumpaan ini dijayakan dengan kerjasama pihak Surau Al-Mustaqim yang menyediakan tempat bagi perjumpaan Ronda Malam PPLEP7. Malah, kesepakatan juga telah dicapai antara PPLEP7 dan pihak surau supaya bahagian luar surau ini dijadikan pusat perjumpaan bagi sukarelawan Ronda Malam yang bakal bertugas kelak.

Selepas kata-kata aluan dan menjelaskan serba sedikit berkaitan Ronda Malam, Pengerusi mempersilakan Timbalan Pengerusi PPLEP7, En Roslan untuk memperihalkan lebih lanjut mengenai konsep dan perlaksanaannya.

Encik Roslan menyentuh isu masa/waktu yang bakal dijadikan waktu rasmi pemantauan Ronda Malam, isu kelengkapan yang perlu dibawa oleh sukarelawan sewaktu meronda, kenderaan yang digunakan untuk meronda. Beliau juga menasihati agar sukarelawan menitikberatkan aspek keselamatan dab berhati-hati sewaktu bertugas kelak.




Timbalan Pengerusi PPLEP7, Encik Roslan menerangkan perlaksanaan aktiviti.

Beberapa penduduk juga mengambil peluang memberikan cadangan dan bertanya soalan-soalan berkaitan.


Memberikan idea-idea dan saranan yang bernas.


Antara yang berminat berkongsi idea.

Semua cadangan dan soalan yang telah diajukan, kemudiannya diperbincangkan, diambil kata sepakat serta direkodkan.

Di dalam kerancakan perbincangan, sekali-sekala di selitkan dengan ketawa dan keriuhan dek dari gurauan-gurauan hadirin. Setengah jam perbincangan berjalan, kelihatan penduduk yang kian datang untuk mendengar dan melibatkan diri. AJK-AJK mengagihkan beberapa helai kertas untuk penduduk yang berminat mengikuti aktiviti Ronda Malam...Alhamdulillah, pada malam itu sahaja, sebilangan penduduk telah mendaftarkan diri secara menulis nama, alamat dan nombor telefon.


Mendaftar nama

Menurut En Roslan, lebih kurang terdapat 800 pintu rumah di LEP7. PPLEP7 mengharapkan pembabitan yang ramai bagi menganggotai Ronda Malam sekaligus dapat meminimakan kekerapan rutin rondaan malam bagi seseorang individu. Sasaran beliau, andai ini dapat di capai, berkemungkinan hanya sekali sahaja seseorang sukarelawan akan bertugas Ronda Malam (dalam sebulan). Malah, tidak mustahil berkemungkinan hanya sekali bagi 2 bulan jika lebih ramai penduduk yang menyertai.




Bagi senarai nama yang telah berdaftar, AJK PPLEP7 akan menghantar pesanan melalui SMS kepada mereka jadual bertugas dan kumpulan mereka bakal sertai. Jadual juga akan di berikan kepada setiap sukarelawan bagi memudahkan rujukan rondaan. Pengerusi menyatakan bahawa Rondaan Malam akan bermula pada waktu yang terdekat.



Kepada penduduk yang telah hadir, Pengerusi mewakili PPLEP7 mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian kehadiran dan kesanggupan/komitmen mereka yang sanggup menganggotai Ronda Malam PPLEP7.

Pihak PPLEP7 sentiasa mengalu-alukan kesediaan penduduk untuk menyertai Ronda Malam demi menjadikan LEP7 sebagai satu komuniti yang selamat, tenteram dan harmoni.





Manakala bagi penduduk yang tidak dapat hadir untuk perjumpaan kali ini, kesudian pembabitan anda secara sukarela sentiasa dialu-alukan dan pengorbanan anda untuk bertugas bersama rakan-rakan lain, sangat dihargai.

Perjumpaan berakhir dan penduduk bersurai sekitar jam 10:15 malam. Pengerusi berhasrat perjumpaan/mesyuarat Ronda Malam PPLEP7 diadakan sekali setiap bulan atau setidak-tidaknya sekali dalam 2 bulan. Lanjutan perkara ini akan dimaklumkan kemudian.

  • Ingin rujuk artikel perjumpaan Ronda Malam yang lalu. KLIK SINI.

Ronda Malam PPLEP7 - Jom Sertai !!

Malam tadi (1 Nov 2010), bertempat di Surau Al-Mustaqim, beberapa penduduk telah berkumpul dan membincangkan perkara berkaitan menghidupkan semula Ronda Malam PPLEP7.

Perjumpaan telah di kendalikan oleh Setiausaha PPLEP7
iaitu saudara Ali. Saudara Ali telah memulakan mesyuarat dengan memberikan sedikit latar belakang Ronda Malam yang terdahulu, perihal barangan yang digunakan dan cara perlaksanaan.

Kemudian, cadangan/pendapat dibuka kepada semua yang hadir bagi berkongsi idea, buah fikiran atau sebarang perkara yang ingin dibangkit atau diusulkan.

Beberapa pendapat membina telah diterima dan di perdengarkan oleh beberapa penduduk yang hadir dan saudara Ali mengambil beberapa keputusan (setelah disepakati) sebagai penerimaan Majoriti dan berlandaskan idea-idea yang bernas dan dirasakan mampu untuk dilaksanakan.




Perkara-perkara tersebut terdiri dari isu untuk menggunakan semula format atau konsep yang terdahulu dan juga beberapa tambahan-tambahan baru....Namun secara keseluruhannya, format masih mengikuti format/konsep Ronda Malam yang terdahulu. Begitupun, penambahbaikan akan tetap di fikir dan akan dilaksanakan selagi ianya bakal membawa kepada kebaikan penduduk keseluruhan.

Antara perkara lain yang telah dibincangkan :-

  1. Waktu pemantauan/waktu beroperasi bagi Ronda Malam
  2. Konsep undi dan juga agihan perlaksanaan menjaga
  3. Jumlah ahli ronda malam
  4. Pos kawalan utama yang digunakan
  5. Alatan-alatan untuk operasi Ronda Malam
Selain itu, Ronda Malam PPLEP7 juga menitikberatkan sikap bekerjasama serta pembabitan majoriti penduduk dan sentiasa berharap melalui Ronda Malam ini, semangat kekitaan dan semangat berjiran dapat ditingkatkan tidak kira bangsa/kaum.

Bagi penduduk yang baru berkenalan dengan komuniti LEP7, Ronda Malam bukannya sesuatu yang baru di LEP7 ini. Ianya telah pun bermula dan aktif sekitar beberapa tahun yang lepas dan kini Ronda Malam akan di mulakan semula dan akan dipertingkatkan.

Proses kempen dan berharap lebih ramai warga LEP7 turun berganding bahu memang tidak pernah dilupakan sehinggakan kita pernah melakukan beberapa program/kempen bagi mendapatkan sokongan dan pembabitan ramai.


Flyers yang pernah diagihkan suatu waktu dahulu untuk mendapatkan penyertaan penduduk.

Akhir kata, semoga program Ronda Malam ini diberi sokongan padu dan penyertaan dari segenap pelusuk penduduk LEP7 dan sama-sama lah kita menjadikan taman kita sebagai komuniti selamat dan tenteram. Dalam masa terdekat ini, pihak PPLEP7 akan mendekati penduduk untuk memberi kefahaman dan mengajak penyertaan yang lebih ramai.

Bagi yang berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung aktiviti Ronda Malam nie, boleh bertanya/berhubung dengan En Roslan di talian 019-223 5355

Sambutan Majlis Aidilfitri 1431H LEP7

Pada 3 October 2010 (Ahad) - Taman Lestari Putra 7 telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri bagi meraikan Aidilfitri bagi tahun ini.

Majlis yang bertempat di surau taman iaitu Surau Al-Mustaqim adalah dikelolakan dan dijalankan dengan inisiatif usahasama pihak Surau Al-Mustaqim dan Persatuan Penduduk Lestari Putra 7 (PPLEP7), juga penduduk setempat.

Banner dan surat terlebih dahulu telah diagihkan kepada penduduk untuk memaklumkan jemputan ke majlis tahunan ini. Majlis ini dengan objektif utama persatuan taman dan surau, juga menjemput pelbagai kaum dan bangsa dengan harapan silaturrahim dan sifat kerukunan taman dapat dieratkan.



Sekitar jam 2:30 PM, majlis pun bermula, kehadiran penduduk setempat amat menggalakkan, kehadiran lebih ramai sekitar jam 3:00 PM. AJK-AJK surau dan persatuan telah bertindak meraikan dan menyambut kehadiran penduduk.





Kelihatan Pengerusi ,Bendahari serta AJK-AJK surau dan persatuan bersedia meraikan penduduk yang tiba.


Juadah yang telah disiapkan secara gotong royong di sediakan khas untuk penduduk taman bukan sekadar penduduk taman LEP7 sahaja malah kepada penduduk LEP yang berjiran spt LEP6,LEP4,LEP3.



Penduduk dari kaum Cina juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengunjungi rakan-rakan mereka disamping menikmati juadah dan makanan yang disediakan.



Beberapa penduduk kaum Cina yang turut sama.

Beberapa khemah disediakan untuk kemudahan penduduk. Secara umumnya, pihak wanita dan kanak-kanak perempuan dikhaskan di sudut berbumbung manakala pihak lelaki di bawah khemah.



Cuaca juga agak cerah pada petang tersebut walaupun sedikit panas terasa. Walaupun begitu keakraban penduduk lebih terasa dengan silaturrahim yang tercetus di antara mereka.

Kunjungan dari penduduk setempat amat meriah, pihak AJK mengambil dan melebarkan beberapa tikar-tikar, dibentangkan untuk yang memilih bersila sambil makan di bahagian depan surau.


Kaum wanita yang dusuk bersila di tempat yang dikhaskan.



Meja dan kerusi surau disediakan buat kemudahan menikmati makanan dan juadah hari raya.

Antara makanan yang disediakan ialah ketupat daun palas, rendang ayam dan rendang daging, ketupat nasi impit, bihun goreng. Terdapat juga penduduk yang membawa kuih muih dari rumah sebagai tambahan kepada menu yang sediada.



Menikmati buah-buahan yang disediakan.

Rata-rata yang hadir datang bersama ahli keluarga. Kanak-kanak adalah antara yang ceria dan gembira. Bermacam gelagat terutama dari kanak-kanak.



Sekitar waktu Asar, penduduk yang masih berada di persekitaran surau telah bersama-sama mendirikan solat Asar berjemaah. Sebaik habis bersolat, majlis terus menyambung menerima kunjungan penduduk.

Sekitar jam 6:00 PM, apabila didapati penduduk kebanyakannya telah hadir dan tiada lagi kehadiran, maka majlis berakhir.


Barisan ahli dari persatuan dan surau bergambar kenangan bersama selepas majlis selesai.

Pihak persatuan penduduk (PPLEP7) dan Surau Al-Mustaqim ingin merakamkan jutaan dan tidak terhingga ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis Aidilfitri ini, juga kepada penduduk yang telah hadir meraikan dan memeriahkan majlis.

InsyaAllah sambutan sebegini akan diteruskan lagi di tahun seterusnya bagi memantapkan silaturrahim dan ukhwah sesama penduduk utk. kebaikan bersama.

Klik disini untuk melihat Album Jamuan Hari Raya

Gotong Royong Masak Memasak sempena Majlis Aidilfitri LEP7

2 Oct 2010 - Sempena Aidilfitri 1431H, Surau Al Mustaqim dan Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7 telah bergabung untuk menjayakan Majlis Aidilfitri LEP 7.

Sehari sebelum majlis, AJK surau dan AJK PPLEP7 bersama penduduk yang berkelapangan telah mengadakan gotong-royong yang memfokuskan masakan makanan-makanan yang bakal dijamu kepada penduduk. Majlis ini tidak tertumpu kepada penduduk LEP 7 sahaja malah penduduk LEP yang berjiran turut dijemput. Banner juga ada diletakkan di simpang 3 untuk maksud tersebut.

Antara menu yang dimasak ialah rendang daging, kuah kacang, rendang ayam, nasi impit, ketupat daun palas, bihun goreng dan beberapa lagi. Pencuci mulut pula seperti buah oren dan tembikai.


Perbincangan-perbincangan berkaitan sebelum gerakerja bermula.


Suasana meriah, rancak masak-memasak.

Selain itu, gotong royong juga berkisar membersihkan surau, persekitarannya, pemasangan khemah dan beberapa perkara lain.



Masak-memasak bermula sejak dari selepas Asar 2 Sep 2010 (Sabtu), break sekejap utk solat dan secara berterusannya selepas dari solat Isyak...ada pihak yang mengambil tugasan membeli barangan yang diperlukan di Pasar Borong. Ada pihak menyediakan peralatan dan juga ada yang menyediakan bahan-bahan asas masakan.


Pihak wanita sedang bergotong-royong menyediakan ketupat daun palas.


Sebahagian yang sedang memotong daging dan menyediakan bawang utk. masakan.


Anggaran 20 kilo daging yang telah dipotong-potong kepada potongan kecil utk. dibuat rendang.


Proses mencuci daging.


Pada masa yang sama, minyak dan cili di tumis utk. penyediaan kuah kacang.


Masing-masing begitu asyik memotong daging , menghiris bawang dan halia.




Team yang lain memfokus tugasan mengukus ketupat daun palas.



Pada malam tu, hujan turun agak lebat tapi proses memasak/penyediaan makanan diteruskan dengan tetap bersemangat oleh semua yang membantu. Terima kasih kepada Kak Normah, Rahimi dan lain-lain yang meyediakan minuman , buat membasahkan tekak sambil-sambil membuat kerja.



Dek disebab hujan semakin lebat, pihak wanita putuskan untuk membuat kerja mengisi ketupat di bahagian depan surau.


Begitu asyik menghiris bawang.


Tok Hassan dengan boot getahnya yang begitu tekun menggoreng kacang utk dibuat kuah kacang.


Abang Ali dan Salim yang gembira dapat menyediakan kacang panjang untuk masakan.


Bawang kecil dan bawang besar yang telah dihiris halus (sebelum di masukkan ke dalam pengisar.)


Ketupat-ketupat segera yang telah dimasak.


Rendang daging yang harum semerbak baunya...

Selain memasak ada jugak team yang pergi mengambil khemah di rumah Hamidi (Jalan 7/22) utk dipasangkan di surau....waktu tu dah sekitar jam 12:30 pagi.

Alang-alang nak pergi ambil khemah di rumah Midi, apa lagi ada plak yang sempat pekena Laksa dan kuih muih di situ.


Kerja-kerja membuka khemah di depan rumah Hamidi.

Secara keseluruhannya, proses memasak dan menyediakan khemah mencecah ke sekitar jam 2:00 pagi.

Link foto-foto lain - KLIK

Laporan Majlis Aidilfitri akan menyusul...