Showing posts with label Biro Penerangan. Show all posts
Showing posts with label Biro Penerangan. Show all posts

SKTDM : SEKOLAH BERMULA PINTU PAGAR BERKUNCI?

Alhamdulillah, setelah lebih lima tahun menunggu akhirnya Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium dibuka untuk sesi persekolahan tahun 2011. Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk memulakan sesi persekolahan di sekolah yang baru.

  




Pertanyaan berulang-kali tentang beberapa perkara yang sama oleh ibu-bapa mungkin merimaskan guru-guru dan pegawai yang ditugaskan untuk membuat persiapan. Namun itulah yang harus dilalui kerana tiada informasi tepat berkenaan pembukaan sekolah ini dinyatakan oleh Jabatan yang berkenaan. Keputusan pada saat-saat akhir juga menjadi faktor kekalutan dimana ramai ibu-bapa yang tidak tahu berkenaan pembukaan sekolah ini.

Hari suai-kenal yang dijalankan pada hari Jumaat 31 Januari 2010, mungkin melegakan Ibu-bapa yang telah membuat pengesahan dan pendaftaran. Namun begitu ada beberapa perkara berkenaan prasarana sekolah telah memberi tanda tanya kepada mereka terutamanya jalan utama kesekolah tersebut yang masih belum disiapkan.

0.5km

Untuk memulakan sesi persekolahan ini, murid sekolah rendah terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang setengah kilometer untuk sampai ke kelas melalui pintu utama sekolah menengah yang dibina bersebelahan. Tambahan pula tiada tempat menunggu berbumbung disediakan untuk murid-murid berteduh ketika menunggu ibu-bapa atau bas sekolah ketika pulang. Perkara ini pasti akan menyukarkan keadaan terutamanya ketika hari hujan.

Kenapa jalan masuk tidak disiapkan sedangkan kerja-kerja pembinaan sekolah ini telah mengambil masa yang terlalu lama? Disebabkan tiada maklumat yang diberikan, maka bermacam-macam spekulasi telah diberikan oleh para ibu-bapa terhadap pihak-pihak berkaitan yang bertanggung jawab terhadap pembinaan sekolah ini.

Diharap pihak Kementerian Pendidikan mengambil berat berkenaan perkara ini dan memastikan segala prasarana yang penting disiapkan sepenuhnya. Bukan sahaja untuk kemudahan malah bagi memastikan keselamatan pelajar terpelihara ketika pergi dan pulang dari sekolah.

“Kami faham dengan kekalutan guru-guru membuat persiapan kerana ini sekolah baru, tetapi kami tak faham kenapa jalan utama belum disiapkan lagi” keluhan yang diberikan oleh salah seorang bapa yang datang menghantar anak pada hari suai-kenal.

Alasan sekolah baru yang diguna pakai untuk menepis soalan-soalan yang diajukan adalah tidak relevan. Pihak Kementerian Pendidikan perlu peka dan sedia maklum tentang kebarangkalian yang akan berlaku. Sekiranya persediaan dibuat lebih awal, pasti ia akan memudahkan semua pihak terutama guru-guru yang akan memulakan tugas penting di dalam kelas.


Selain masalah jalan masuk utama, bahan-bahan binaan yang ditinggalkan kontraktor juga boleh mendatangkan musibah. Terutama pada musim hujan di mana Aedes boleh membiak dengan cepat ditempat air bertakung.






Diharap semua pihak berwajib mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berbangkit dengan segera terutama Kementerian Pendidikan yang telah mengarahkan pembukaan sekolah ini dan JKR yang menguruskan pembinaannya. Keselesaan serta keselamatan pelajar adalah penting agar mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran dan yang lebih utama agar guru-guru tidak dibebani oleh komitmen pengurusan selain memberi tumpuan untuk mengajar dengan penuh dedikasi.






RSS Feed dan Newsletter PPLEP7

Artikel PPLEP7 terus kepada anda !

Kini anda boleh mengikuti artikel-artikel PPLEP7 terus ke website anda, embedded kepada komponen Google (spt IGoogle atau Google Reader) atau melalui pilihan pemberitahuan terus ke email anda (secara Newsletter).

Di setiap post artikel PPLEP7 akan terdapat ikon-ikon (rujuk gambar dibawah) :-



  1. Posts dengan ikon di bawah kenyataan "RSS feed to PPLEP7" - Pilih drop down menu yang bersesuaian dan artikel-artikel PPLEP7 berkebolehan di kemaskini (update) terus ke website, Igoogle atau Google Reader anda (mengikut pilihan anda).
  2. Atau dengan pilihan kedua iaitu melanggan Newsletter PPLEP7 secara klik button "Subscribe" yang terdapat di kekotak "PPLEP7 Newsletter". Dengan pilihan ini, anda akan diminta login kepada akaun peribadi contohnya akaun Google anda, seterusnya anda perlu memilih untuk Subscribe. Hasilnya, pihak Webmaster PPLEP7 akan sentiasa update anda secara email kepada anda sebarang artikel-artikel terkini dari masa ke semasa.

Dengan cara ini, anda mungkin tidak akan ketinggalan lagi sebarang artikel PPLEP7 terutamanya artikel-artikel terkini.


AKTIVITI PENUTUP SEBELUM RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ramadhan Kembali lagi..... Kami di PPLEP7 ingin mengambil kesempatan di ruangan ini untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq semoga kita dapat mengerjakan Ibadah Puasa dengan penuh keberkatan....InsyaAllah. Ampun dan Maaf di pinta atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang kami menerajui PPLEP7. Segala kerjasama yang anda berikan amatlah dihargai semoga akan berterusan untuk kita sama-sama memajukan lagi PPLEP7 dengan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk Ahli dan Penduduk.

Untuk makluman semua aktiviti anjuran PPLEP7 akan dihentikan untuk sementara bagi menghormati Bulan Ramadhan. Semua aktiviti akan disambung semula selepas Aidilfitri dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

Berikut adalah Aktiviti-aktiviti Hujung Minggu terakhir sebelum Ramadhan menjelang  :
1) Perlawanan Bolasepak Persahabatan menentang Taman Equin
Tarikh : 7 Aug 2010 (Sabtu)
Masa : 5.30ptg
Tempat : Padang Lepseven FC (Jalan LEP7/12)
Kategori : Bawah 12 Tahun
Semua Penduduk dijemput hadir.

2) Gotong Royong Memperbaiki dan Menanam Rumput di Padang Lepseven FC
Tarikh : 8 Aug 2010 (Ahad)   
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Padang Lepseven FC (Jalan LEP7/12)
Semua Pemain dan Ibubapa Lepseven FC serta penduduk diminta hadir. Sila bawa peralatan berkaitan seperti Cangkul, Tajak, Parang dan lain-lain


3) Kelab Kompang : Seperti Biasa

4) Bola Jaring : Seperti Biasa

Kaunter Pendaftaran dan pembayaran yuran bulanan akan dibuka semasa aktiviti dijalankan. Sila hubungi bendahari sekiranya ingin mendaftar sebagai ahli atau membayar Yuran Bulanan.




Walaupun tiada aktiviti yang akan dijalankan kami tetap bersedia untuk membantu sekiranya ada perkara-perkara atau permasaalahan yang timbul. Sila hubungi kami sama ada melalui telefon mahupun email untuk mengajukan apa-apa perkara yang berkaitan. Mudah-mudahan kami dapat memberi bantuan sewajarnya.


Untuk makluman Solat Sunat Terawih akan dijalankan di Surau Al-Mustaqim. Marilah sama-sama mengimarahkannya.


Sekian

MINI KARNIVAL PENDUDUK 2010


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7 akan menganjurkan "MINI KARNIVAL PENDUDUK 2010" pada hari AHAD 25 JULAI 2010 bermula jam 8.00pagi hingga 5petang.

Program ini akan disertai oleh beberapa Jabatan Kerajaan dan Agensi berkanun bertujuan untuk memberi khidmat kepada penduduk. Beberapa Jabatan/Agensi telah memberi jawapan positif untuk turut serta seperti SPR, AADK, JKJR, Jabatan Kesihatan, Lembaga Tabung Haji, MPSJ, Bomba & Penyelamat dan lain-lain.

Semua penduduk dimita hadir untuk memeriahkan Mini Karnival ini. Gerai-gerai promosi dan jualan akan dibuka untuk kemudahan penduduk.

AKTIVITI
Selain dari mendapatkan khidmat dari Jabatan dan Agensi yang hadir, pengunjung juga akan disajikan dengan pelbagai acara menarik bagi memeriahkan karnival ini. Cabutan bertuah, Pertandingan Mewarna dan beberapa acara lain sedang diteliti.


PROMOSI
Untuk makluman, Karnival ini bukan sahaja akan dihadiri oleh penduduk seksyen 7 malah PPLEP7 akan menjemput penduduk di Seksyen 3,4,5 dan 6 serta kawasan lain yang berdekatan untuk turut berkunjung.


Kami berharap agar penduduk akan turut membantu untuk menghebahkan kepada saudara-mara dan rakan taulan terutama di sekitar Bandar Putra Permai untuk berkunjung ke Karnival ini.

PENUTUPAN SEMENTARA JALAN
Pada hari tersebut Persiaran Lestari Putra akan ditutup sementara dan dilencongkan ke jalan LEP7/1 dan LEP7/4 bagi penduduk ZON A dan B untuk keluar atau pulang kerumah.
Sila rujuk 'Guide Map' di bawah untuk gambaran yang lebih lanjut.

TAPAK BERNIAGA
PPLEP7 amat menggalakkan sekiranya ahli dan penduduk Seksyen 7 berminat untuk berniaga semasa karnival tersebut berlangsung. Untuk pengetahuan kami akan mengambil deposit sebanyak RM50.00 sebagai wang pengesahan. Namun RM30.00 akan dikembalikan pada hari karnival dan RM20.00 akan dijadikan sebagai sumbangan untuk Persatuan.

Berdasarkan siapa cepat dia dapat disebabkan tempat yang terhad siapa yang berminat boleh berhubung dengan PUAN NORHANA di talian 019 3176742 untuk membuat tempahan.


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai Mini Karnival ini bolehlah menghubungi AJK-AJK persatuan yang sentiasa sedia berkhidmat. Kerjasama dari semua penduduk kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Pastikan anda telah menandakan kalendar untuk mengadiri Mini Karnival PPLEP7 pada hari AHAD 25 JULAI 2010. Banner, Edaran Pamplet/Flyers dan surat pekeliling akan menyusul dalam masa terdekat.

Bagi ahli/penduduk yang berkelapangan bolehlah menghubungi Pengerusi atau AJK sekiranya berminat untuk turut membantu dalam membuat persiapan bagi menjayakan Mini Karnival ini.

STATISTIK YANG PERLU ANDA TAHU!!

Setelah membuat bancian dan kiraan, di bawah adalah fakta-fakta kalkulatif yang menunjukkan tahap kerjasama yang kami terima dari penduduk setakat bulan JUN 2010.


Melalui angka-angka ini bolehlah ahli dan penduduk menilai sendiri tahap kekuatan Ekonomi Persatuan dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk seluruh ahli khasnya dan penduduk setempat amnya.

Jumlah Rumah Keseluruhan : 819 buah
Jumlah Keluarga (tolak 10% rumah kosong) : 737 keluarga (Anggaran)
Jumlah Ahli setakat 30 Jun 2010 : 195 orang (setiap ahli mewakili satu keluarga)

Jumlah ahli yang telah membayar yuran untuk bulan Jun 2010 : 35 Orang
Jumlah kutipan diperolehi berdasarkan yuran bulan Jun 2010 : RM175.00
Jumlah baki terkumpul setakat 1Jun 2010 : RM374.60
Mengikut kiraan ini dana yang terkumpul dan boleh dibelanjakan setakat bulan Jun 2010 hanyalah RM549.60.

Namun begitu ada beberapa ahli yang telah menjelaskan Yuran untuk setahun (Jan-Dec 2010) dimana ianya dapat membantu untuk membiayai kos aktiviti yang sedang berjalan. Keadaan kewangan yang terhad ini sedikit sebanyak telah menyukarkan kami untuk menjalankan aktiviti. Namun begitu ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus berusaha memajukan persatuan ini.


Kami amat berharap agar seluruh ahli dapat membantu dengan menjelaskan
yuran tertunggak (bermula Jan 2010) dan mempromosikan keahlian kepada jiran-jiran yang belum lagi menyertai.


Selain mengumpul dana melalui kutipan yuran kami juga berusaha untuk mendapatkan tajaan-tajaan dari Jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan. Sila beritahu kami sekiranya ada dikalangan ahli/penduduk mengetahui saluran-saluran tertentu yang berpotensi untuk menghulurkan sumbangan.

Sekian harap maklum


UNTUK RUJUKAN

Pecahan Rumah mengikut Zon
ZON A - Jalan LEP 7/(25,26,27,28,29,30,31,32,33)
ZON B - Jalan LEP 7/(18,19,20,21,22,23)             
ZON C - Jalan LEP 7/(5,11,12,13,14,15,16,17)
ZON D - Jalan LEP 7/(6,7,8,9 - All Double Storey)
ZON E - Jalan LEP 7/(1,2,3,4)






Peta Lokasi Taman Lestari Putra Seksyen 7 (Google Map)





View Taman Lestari Putra in a larger map


Lepseven Map : Pandu Arah ke Taman Lestari Putra Seksyen 7

Berkongsi maklumat dan foto di website PPLEP7




























Bagi menjadikan website PPLEP7 ini lebih berinformasi dan bermanfaat kepada semua pengunjung(visitor) dan penduduk LEP 7 khasnya, malah kepada penduduk LEP yang berjiran (berjiran dengan LEP7) amnya....maka pihak PPLEP7 mengalu-alukan sebarang info atau foto yang boleh dikongsi bersama.

Jika ada, emailkan kepada lepseven@gmail.com.

Bagi setiap info atau/dan foto yang di email, pihak persatuan akan merujuk Pengerusi dan Biro berkaitan dan akan hanya paparkan setelah dipersetujui. Pihak Administrator website PPLEP7 akan bertanggungjawap untuk menyaring (edit) bagi mana-mana info,artikel atau foto, jika dirasakan perlu.

Pastinya info/artikel/nukilan yang dilepaskan ialah yang tidak berciri hasutan, tidak memburukkan mana-mana individu, tidak bercanggah dengan agama manakala foto yang dikongsi, pastikan gambar yang tidak menjolok mata atau yang mengaibkan.

Untuk makluman, selain link utama di http://lepseven.webs.com sebagai sumber rujukan artikel, PPLEP7 juga telah mewujudkan beberapa variasi sumber info yang lain contohnya:-

  • Facebook PPLEP7
  • Forum PPLEP7
  • Sembang-sembang
Kesemua link-link variasi sumber info ini berada di frontpage http://lepseven.webs.com

Administrator akan berbincang dengan pihak perstuan jika perlu utk membuat sharing authentication bagi Blogger (jika perlu)

AWASI PENIPUAN SYARIKAT INI




Di sini saya ingin kongsi pengalaman yang terjadi pada diri saya sendiri pada 2 minggu lepas dimana pada ketika itu saya menghadapi masalah saluran sinki tersumbat.
Pada awal masalah timbul, kerana ingin jimatkan duit saya membeli beberapa bahan pelarut kimia dari kedai hardware yang berhampiran dengan harapan dapat menyelesaikan saluran yang tersumbat. Bagaimanapun, setelah mencuba beberapa kali keadaan masih tidak berubah..isteri dah mula bising..nak masak dan buat kerja dapur dah susah..
Setelah hampir seminggu mencuba dan tidak juga berjaya maka saya ambil keputusan untuk panggil saja pakar dalam bidang ni. Masa itu teringat dalam peti surat banyak namecard syarikat yang ada menawarkan perkhidmatan memperbaiki saluran sinki yang tersumbat.
Semasa menelefon syarikat (Top Form) seperti di atas, seorang perempuan melayan dengan sungguh mesra sekali. Saya turut bertanya berapakah kos yang akan dikenakan sekiranya masalah berjaya diselesaikan dan juga berapakah kos jika tidak dapat diselesaikan. Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu tetapi menyuruh saya bertanyakan kepada pekerjanya yang akan datang nanti.
Setelah hampir sejam menunggu, seorang lelaki menaiki van sampai dan memperkenalkan diri dari syarikat Top Form dan terus ke bahagian dapur tempat yang tersumbat. Saya sekali lagi bertanyakan kepadanya berapakah kos yang akan dikenakan tetapi pekerja itu masih tidak menjawabnya...mungkin agaknya sibuk dan tumpukan pada kerja yang sedang lakukan.
Setelah hampir sejam mencuba, pekerja tersebut memaklumkan bahawa masalah tidak dapat diselesaikan mungkin disebabkan saluran telah pecah. Setelah siap berkemas tiba-tiba pekerja tersebut meminta bayaran RM100 sebagai upah untuk kerja-kerja yang telah dilakukan.
Pada mulanya saya bertegas bahawa mana mungkin bayaran boleh dibuat kerana masalah tidak dapat diselesaikan. Keadaan makin tegang apabila pekerja tersebut makin meninggikan suara dan memperlekehkan beberapa tindakan saya.
Melihatkan keadaan yang semakin panas, isteri yang turut sama ada menasihatkan agar saya berikan sahaja RM100 seperti yang diminta.
*Buat sahabat-sahabat, saya harap apa yang terjadi pada diri saya ini jadikan panduan agar kita tidak lagi menjadi mangsa penipuan syarikat yang tidak bertanggungjawab. Nasihat saya, untuk memanggil 'tukang paip' boleh tetapi sebelum membenarkannya masuk ke rumah (pastikan masa tu masih diluar pagar) tanya sejelas-jelasnya semua kos yang terbabit. Kos yang dikenakan berpatutan (bawah RM200 jika masalah selesai) dan tiada apa-apa charge untuk kerja yang tidak boleh diselesaikan.
* Jika dilihat pada namecard juga tidak dinyatakan alamat operasi syarikat tersebut. Kenapa? Mungkin untuk mengelak daripada pelanggan kembali menuntut atau membuat complaint kepada syarikat terbabit.




Young Girl Missing at KL


Jikalau anda terjumpa budak perempuan seperti nyata di bawah, Sila tolong hantar dia ke balai polis yang terlekat, Atau pun berhubung dengan hot line polis negeri. She was missing since 19/11/2009 at KL Ipoh road. Her name: Ng Kah Yee. Age: 13 years old.
h..isteri dah mula bising..nak masak dan buat kerja dapur dah susah..
Setelah hampir seminggu mencuba dan tidak j