Suasana di tapak MULA/TAMAT diawal pagi.
Suasana keriuhan penduduk yang telah mula hadir dan meramaikan majlis
7:00 am - Pendaftaran kehadiran dan penyerahan no. peserta bermula. AJK-AJK mulai sibuk merekod kehadiran para peserta mengikut kategori yang disertai. Suasana menjadi kurang teratur kerana kehadiran begitu ramai peserta yang baru mendaftar (Walk-in). Antara peserta yang sedang mengisi borang penyertaan.
AJK sedang membantu peserta mengenalpasti laluan melalui peta yang disediakan
Pengerusi PPLEP7 membuat pengumuman untuk memulakan Senamrobik
Sekitar 7:45 am - Encik Zulkarnain Johari (Strategi & Marketing Executive) dari Promotion Unit, Akademi Tatihseni, Bandar Sunway, mengambil tempat di tengah padang LEP untuk menerajui acara Senamrobik . Pelbagai gerak dilakukan mengikut irama SATU MALAYSIA telah menggamatkan suasana dan menambahkan lagi semangat para peserta.
Encik Zulkarnain Johari mengendalikan Senamrobik
Tak mahu lepas peluang untuk bersenamrobik
Pasukan Marshal diberi taklimat mutakhir oleh Abang Lan
Sekitar 8:15 am - Puan Arfah Mahani menyempurnakan lepas mula untuk semua peserta. Peserta dilepaskan mengikut kategori bermula dengan kategori Kanak-kanak. Berbagai gelagat dan ragam yang mencuit hati. Ada yang kelihatan bersungguh-sungguh berlari manakala ada juga yang sekadar berlari-anak. Kanak-kanak lah pastinya yang paling seronok dan riuh gamat !
Puan Arfah Menyempurnakan Lepas mula bagi kategori Lelaki Dewasa
PPLEP7 telah melantik marshal yang bertugas untuk membantu peserta bagi memastikan dan memantau agar mereka mengikut laluan-laluan yang telah ditetapkan. Marshal yang dilantik adalah dikalangan AJK-AJK dan Ahli PPLEP7 serta penduduk yang turut membantu secara sukarela.
Marshal memantau peserta dan mengawal lalulintas
Bagi setiap peserta yang mengambil bahagian, mereka perlu mendapatkan kesemua kupon/reben penanda di setiap checkpoint dari Marshal bertugas bagi membuktikan mereka telah melalui arah dan mengikut syarat penyertaan yang betul. Pematuhan laluan adalah penting supaya tiada peserta yang disingkirkan dan ini sememangnya salah satu objektif Marshal yang mengiringi untuk mengelakkan perkara sedemikian tidak terjadi.
Salah satu penanda arah yang kelihatan
Isyarat "bagus" yang diberikan tanda kepuasan menamatkan larian. Lumrah biasa, ramai yang kepenatan.
Tersenyum puas
Hadiah telah disampaikan oleh Puan Arfah Mahani, dari Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Sebelumnya, beliau telah menyampaikan sepatah dua kata, memberi semangat dan ucapan tahniah kepada penduduk, khasnya kepada pihak PPLEP7 kerana berupaya merealisasikan program seumpama ini, sekaligus mengharapkan ianya menjadi landasan awal untuk penganjuran program yang lebih besar dan lebih hebat di masa akan datang.
Puan Arfah Mahani memberikan ucapan
Maklumbalas positif (feedback) juga telah diajukan oleh penduduk dan peserta yang menzahirkan kegembiraan mereka kerana PPLEP7 berjaya mengadakan aktiviti sebegini. Mereka berharap program seperti ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan. Terima kasih di astas semua pandangan semoga ia boleh membantu dalam melaksanakan program-program seterusnya.
Puan Arfah Mahani telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk semua kategori di kemuncak program. Hadiah cabutan bertuah juga telah disampaikan.
Berikut ialah senarai pemenang tempat pertama, mengikut kategori penyertaan:-
- Kategori A (Lelaki : Veteran)
Paul Liong Poh Long (No Peserta : A011)
Catatan masa 17.51 minit. - Kategori B (Lelaki : Dewasa)
Muriali Muniandy (No Peserta : B034) - Kategori C (Remaja : Lelaki)
Sugan (No Peserta : C015) - Kategori D (Kanak-kanak : Lelaki)
Adik Ahmad Mustaqim b. Ahmad Shakir (No Peserta : D035) - Kategori E (Wanita : Veteran)
Maimon Abdullah (No Peserta : E017) - Kategori F (Wanita : Dewasa)
Amuta Kanagi (No Peserta : F012) - Kategori G (Remaja : Perempuan)
Nurafifah Hudzwah (No Peserta : G010) - Kategori H (Kanak-kanak : Perempuan)
Adik Natasha Zainal Arifin (No Peserta : H017)
Pengerusi PPLEP7, amat berterima kasih terutama kepada penduduk LEP7 dan semua peserta serta hadirin yang telah sama-sama menjayakan Jogathon PPLEP7 yang julung kali diadakan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga di berikan kepada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang telah memberikan galakan dan bantuan kepada PPLEP7 untuk menjayakan program ini.
PPLEP7 memohon maaf sekiranya ada kekurangan yang berlaku semasa aktiviti ini berlangsung. Segala kekurangan dan kelemahan yang berlaku akan diambil-kira sebagai pengajaran berguna bagi memperbaiki perlaksanaan aktiviti-aktiviti seterusnya.
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA
Foto Album Jogathon Penduduk 2010 :
Ingin ikuti artikel terdahulu, yang bersamaan perihal aktiviti Jogathon ini ?. Klik SINI